Komik Anti - Dadah


Siang hari, mak cik sedang berjalan. Sebuah motosikal melalui dan meragut beg tangannya dengan tiba-tiba, lalu dia terjatuh dan kepalanya terhantuk ke atas bahu jalan..


Di pusat hiburan, seorang gadia telah mengambil pil ecstasy, dengan penuh ‘high’ dia menari dan menggelang kepalanya. Selepas, dia dibawa keluar dan dirogol secara bergilir-gilir.


Di terminal bas, orang ramai lalu-lalang. Di tingkat teratas, muncul seorang lelaki berbogel, bercakap sendirian, diburui ketakutan kemudian dia terjun ke bawah…Rakannya berkata:”Dia mengambil ‘ice’(syabu), sering dengar bunyi yang pelik.”


Kini terdapat kes-kes dahsyat seperti meragut, pembunuhan, rogol dan bunuh diri, kami percaya kebanyakannya adalah dipengaruhi oleh dadah moden. Pihak polis berkata:”jenis dadah sintetik moden ini adalah punca kes jenayah dan masalah sosial masyarakat.”


Pada mulanya, saya ingin cuba dan hanya main-main saja, anggap ini boleh dihentikan. Tapi apabila mood tidak baik saya ingatlah dadah, gian ini sukar dilawan…lepas main saya berani melakukan gila..saya pernah pecah semua cermin di dalam rumah.” seorang pelatih dari Sarawak berkata.


Kemunculan jenis dadah sintetik yang moden seperti pil ecstasy, syabu, ketamine, elamine 5, adalah perangsang fizikal dan mental yang sangat kuat. Penggunaan berterusan 2-3 kali akan ketagihan dan akhirnya membawa kemusnahan.


eorang pelatih dari pusat pemulihan dadah Charis berkata:”Dadah dulu tu bawa mabuk tapi orang masih sedar, sekarang…aah, dadah baru bawah mabuk tapi orang jadi hilang akal, ‘high’ macam anjing gila…dulu masa kami ambil dadah buat kami berani rompak, hanya mau dapat wang saja, tapi kini dadah baru jadi orang rasa takut, cepat marah, dan boleh jadi ganas sangat.”

Malam, seorang pemuda sedang berjalan. Beberapa orang muncul dan merompaknya, dia memberontak dan perompak mengangkat parang lalu menetak kepalanya…