Punca-punca penagihan dadah

 1.DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN.
  • remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti atau budaya baru tidak tahu membezakan antara gejala yang negatif atau positif.
  • remaja mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan atau orang lain tanpa menyedari kesan buruknya.

2.SIKAP INGIN MENCUBA.
  • pada zaman sekarang,remaja semakin aktif dan sentiasa ingin mencuba perkara yang baru dan ini merupakan peringkat pertama bagi sesuatu ketagihan dadah.
  •  
3.KEKURANGAN KASIH SAYANG.
  • kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa juga akanmenyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti negatif kerana tingkahlaku anak-anak tidak diperhatikan dan mereka akan lebih mempercayai individu lain yang sentiasa bersama mereka daripada ibu bapanya walaupun individu tersebut tiada niat yang baik.

4.TIADA KEPERCAYAAN ROHANI YANG TEGUH.
  • bagi remaja yang kurang kepercayaan rohani,mereka akan mengabaikan pantang larang hidup dan melanggarnya dengan perbuatan seperti menghisap dadah

5.KURANG PENDIDIKAN/PENGETAHUAN TENTANG DADAH .
  • ramai remaja negara masih lagi kurang mengetahui tentang dadah dan tahap bahaya kesan dadah tersebut.
  • Ibu bapa tidak memainkan peranan masing masing untuk mendidik anak-anak mengelakkan diri daripada dadah