Monday, May 10, 2010

Aktiviti Treasure Hunt











1. Taklimat guru penasihat.
2. Semua ahli PRS dan ahli SLAD menyanyikan lagu Sahabat PPDa/SLAD dan Pembimbing Rakan Sebaya.
3. Aktiviti :
a) Treasure Hunt
 Guru Penasihat memaklumkan kepada pelajar bahawa mereka perlu melalui 4 check point dalam aktiviti ini.

 Check point 1 : Gelas Terbalik
1) Guru Penasihat menyediakan gelas yang mengandungi air.
2) Guru penasihat memberi arahan kepada semua pelajar bagaimana cara supaya
dapat melihat gelas itu terbalik ?
3) Guru penasihat akan provok pelajar supaya tiada yang berani terbalikkan gelas tersebut.













 Check Point 2 : Need Each Other
1) Guru meminta ketua kumpulan mengambil 7 bentuk yang berlainan warna.
2) Setiap kumpulan perlu menyusun bentuk-bentuk yang diperolehinya mengikut soalan yang diberikan oleh guru.
3) Semua kumpulan perlu menyusun bentuk mengikut soalan yang diberikan
4) Peserta diminta untuk memberikan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

 Check Point 3 : Tonggang Terbalik
1) Guru Penasihat mempamerkan soalan kepada pelajar.
2) Terdapat 4 soalan yang mengandungi bilangan nombor.
3) Soalan-soalan tersebut akan dinyatakan dalam bentuk nombor dan pelajar perlu
menukar nombor tersebut kepada huruf berdasarkan formula yang telah disediakan.
4) Huruf-huruf yang dinyatakan akan menghasilkan satu perkataan pada setiap soalan.

 Check Point 4 : Mencari Barang
1) Guru Penasihat menyenaraikan barang-barang yang perlu dicari oleh setiap
kumpulan.
2) 10 barang perlu dicari dalam masa 5 minit.
3) Barang-barang tersebut boleh dicari hanya di sekitar kawasan Taman Herba.
4) Pelajar-pelajar pelu mendapatkan barang tersebut melalui pelbagai cara.

 Guru Penasihat menyatakan objektif daripada aktiviti ini.

Wednesday, April 28, 2010

Aktiviti No : 1089










1) Guru Penasihat meminta semua ahli memilih 3 nombor diantara 1-9.
2) Nombor tersebut ditulis di dalam kertas A4 yang telah disediakan daripada nombor kecil ke nombor besar.
3) 3 nombor tadi diterbalikkan susunannya dan ditulis semula dalam kertas A4.
4) Nombor asal ditolakkan dengan nombor yang telah diterbalikkan tadi.
5) Guru Penasihat memberi arahan bahawa hasil jawapan tadi perlu diterbalikkan.
6) Hasil jawapan asal ditambahkan dengan hasil jawapan yang telah diterbalikkan.
7) Semua ahli akan mendapat jawapan yang sama iaitu No 1089.
8) Guru Penasihat menyatakan objektif daripada aktiviti ini.




Wednesday, March 31, 2010

Pertandingan Melukis Poster









1. Guru memaklumkan pada minggu lepas kepada semua ahli SLAD mengenai Pertandingan Melukis Poster yang akan diadakan.
2. Semua ahli SLAD perlu menyertainya dan temanya adalah “Pencegahan Merokok Jauhi Dadah”.
3. Guru mengedarkan syarat-syarat Pertandingan Melukis Poster sebelum pertandingan dijalankan.
4. Guru Penasihat memberikan taklimat sebelum pertandingan dimulakan.
5. Guru mengedarkan kertas lukisan untuk setiap pelajar yang hadir.
6. Proses pengadilan adalah berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
 Kreativiti hasil penyertaan.
 Keaslian konsep lukisan poster.
 Keberkesanan penyampaian mesej.
 Medium lukisan yang diterima adalah seperti berikut:
a. Pensil Warna
b. Krayon
c. Warna Air
7. Keputusan guru penasihat sebagai pengadil adalah muktamad.
8. Hadiah Penyertaan hanya akan diberi kepada peserta-peserta dengan hasil penyertaan yang memuaskan dan dikhaskan hanya tiga tempat untuk para pemenang.
9. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 April 2010. Hasil penyertaan perlu dihantar ke Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Wednesday, March 24, 2010

Pidato Spontan


















1. Taklimat guru penasihat.
2. Guru meminta setiap pelajar mencabut undian untuk menentukan tajuk yang bakal mereka perolehi.
3. Pelajar-pelajar yang mendapat tajuk pada kertas undian perlu ke hadapan untuk bercakap secara spontan berkaitan dengan tajuk yang mereka dapat.
4. Pelajar yang tidak mendapat tajuk pada kertas undian tidak perlu ke hadapan.
5. Setiap pelajar perlu bercakap dihadapan selama 2 minit.
6. Pelajar dianggap berjaya sekiranya bercakap dengan jelas, ringkas dan padat.
7. Aktiviti – Pidato Spontan











8. Guru memaklumkan kepada semua ahli SLAD dan PRS mengenai Pertandingan Melukis Poster yang akan diadakan pada minggu hadapan.
9. Semua ahli SLAD dan PRS perlu menyertainya dan temanya adalah “Pencegahan Merokok Jauhi Dadah”
10. Guru mengedarkan syarat-syarat Pertandingan Melukis Poster supaya ahli lebih bersedia sebelum bermulanya pertandingan.

Wednesday, March 10, 2010

Halangan Komunikasi








1. Taklimat guru penasihat.
2. Peserta memilih pasangan masing-masing.setiap pasangan akan mengambil tempat di mana-mana bilik yang mereka rasa selesa.
3. Tiap-tiap pasangan duduk membelakang (back to back) dan mereka bercerita sesuatu dalam masa yang sama (5 minit).
4. Kemudian,pasangan duduk berhadapan bertentangan mata dan bercerita bergilir-gilir (5 minit).
5. Semua peserta diminta berkumpul dalam bulatan.









6. Peserta dimita memberi reaksi megenai komunikasi dalam dua situasi yang berlainan itu.
7. Fasilitator membimbing perbincangan dengan memberi fokus kepada:-
1) Dalam konteks membimbing, perhubungan bertentangan mata sangat penting agar reaksi dan perasaan rakan dapat dilihat sepenuhnya.
2) Kesabaran penting untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dari segi mendengar dan bercakap.
3) Penting bagi SLAD dan PRS mengenal pasti faktor-faktor halangan dan kesannya dalam proses mendengar, menerima dan menyampaikan mesej dengan berkesan.

Ceramah "Pencegahan Rokok dan Jauhi Dadah"









Pada 9 Mac 2010 (Selasa), Kelab SLAD bersama kelab PRS telah menjemput penceramah dari PPD bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk "Pencegahan Rokok dan Jauhi Dadah". Penceramah yang dimaksudkan ialah Tn Ahmad Normi Tn. Mat iaitu penceramah dari Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Disiplin, Petaling Perdana.










Ceramah yang bermula pada pukul 3.00-4.o0 petang ini telah melibatkan seramai 32 orang ahli kelab SLAD dan 33 orang ahli kelab PRS.
Sebelum bermulanya ceramah, ahli-ahli perlu menyanyikan lagu tema PPDa/SLAD sebagai simbol dan lambang kelab.
Pengisian ceramah amat menarik dan maklumat yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Tn. Ahmad Normi berkongsi pengalaman berkaitan rokok dan dadah bersama-sama ahli SLAD dan PRS.
Ahli-ahli juga turut menerima cenderahati daripada Tn. Ahmad Normi.
Secara keseluruhan, ahli-ahli memberikan kerjasama yang baik.

Saturday, March 6, 2010

Komunikasi Perhubungan Sehala & Dua Hala









1. Taklimat guru penasihat.
2. Guru memberikan kertas kosong kepada pelajar.
3. Guru memilih seorang secara sukarela untuk tampil ke hadapdan mengendalikan kumpulan.
4. Guru memberikan arahan kepada semua pelajar supaya jangan bercakap atau bertanya apa-apa semasa proses berjalan (perhubungan sehala)
5. Guru memberikan arahan kepada semua pelajar supaya mengikut arahan yang diberikan dan dibenarkan bercakap, bertanya serta mengemukakan soalan jika arahan tidak jelas (perhubungan dua hala)

Friday, March 5, 2010

Salji Di Padang Pasir /Optical Illusion










1. Taklimat guru penasihat.
2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.









4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

Menghasilkan Buku Skrap SLAD




















Buku Skrap SLAD merupakan sebuah buku yang mengandungi bahan-bahan berkaitan dadah, rokok dan HIV/AIDS sama ada dalam bentuk bercetak mahupun elektronik. Buku Skrap juga perlu dihasilkan secara kreatif dan inovatif mengikut kreativiti masing-masing.

1. Taklimat guru penasihat.
2. Semua ahli duduk dalam kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.
3. Guru penasihat memberi penerangan tentang aktiviti yang bakal dijalankan.
4. Setiap ahli perlu mengeluarkan bahan-bahan yang telah dibawa.
5. Bahan-bahan tersebut perlu ditampal secara kreatif untuk dijadikan buku skrap.

Menjalankan Ujian Inventori Personaliti Warna (IPW)






1. Taklimat guru penasihat.
2. Ahli diedarkan Inventori Personaliti Warna (IPW) dan diminta menjawab inventori tersebut.
3. Guru penasihat menerangkan maklumat berkaitan ujian-ujian psikometrik dan
pentafsiran IPW
4. Ahli meneroka kekuatan dan kelemahan diri melalui ujian IPW.
5. Sesi soal jawab antara ahli.

Mencipta Blog SLAD









Guru Penasihat bersama-sama AJK Blog/Akademik bekerjasama dalam menghasilkan Blog SLAD. Penghasilan blog ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli SLAD berkongsi idea dan pendapat bagi memastikan blog ini sentiasa aktif. Selain itu, ahli-ahli SLAD diberi peluang untuk memberi komen sama ada secara positif mahupun negatif dalam memperbaiki pengisian blog secara interaktif.

Mesyuarat Agung Kelab SLAD 2010












Perjumpaan pertama, semua ahli Kelab SLAD diberikan taklimat oleh Guru Penasihat. Melalui perjumpaan ini juga, Mesyuarat Agung Kelab SLAD 2010 turut diadakan. Mesyuarat ini bertujuan melantik Ahli Jawatankuasa Kelab SLAD 2010. Semua ahli memberikan kerjasama yang baik.

Monday, February 22, 2010

6 ditahan, sindiket pengedaran dadah tumpas

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan tertangkapnya enam rakyat tempatan termasuk dua beradik dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Sentul Utama, Jalan Dato Senu di sini, Rabu lalu.

Dalam serbuan pada pukul 10.15 malam itu, sebanyak lapan peket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat dua gram, dua peket ketamin (76 gram), 20 peket heroin (25 gram) dan 56 ketulan disyaki ganja (30.7 kilogram) berjaya dirampas.

Siasatan polis mendapati ganja tersebut bernilai RM92,229 mengikut harga pasaran manakala dadah-dadah yang lain masih dalam siasatan.

Turut dirampas, wang tunai dipercayai hasil jualan dadah sebanyak RM30,920 dan sembilan telefon bimbit pelbagai jenama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia antara 18 dan 34 tahun.

Katanya, suspek-suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur.

"Kejayaan itu hasil penahanan seorang suspek di kawasan kondominium sama pada 11 Februari lalu.

"Susulan itu, kita menyerbu kondominium terbabit dan merampas dadah-dadah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua dadah itu ditemui disimpan dalam sebuah beg pakaian di sebuah bilik di kondominium berkenaan.

Menurutnya, dua daripada lelaki ditahan adalah adik beradik yang juga tunang kepada seorang suspek wanita.

"Suspek yang ditahan ada yang tidak mempunyai pekerjaan, bekerja sebagai jurujual kasut, pekerja kedai menjual ayam, tukang paip dan promoter.

"Ujian air kencing mendapati empat daripada suspek positif mengambil dadah. Dua daripada mereka dikesan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan dikehendaki oleh polis," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dadah yang dirampas adalah untuk pasaran di Lembah Klang dan polis masih menyiasat sumber bekalan dadah itu.

Katanya, kesemua suspek direman selama tujuh hari dan berakhir Rabu ini serta kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tuesday, February 2, 2010

Skim Lencana Anti Dadah

Apakah itu SLAD?

Skim Lencana Anti Dadah(SLAD) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli persatuan berpakaian seragam sekolah menengah dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah di sekolah dan akhirnya di masyarakat luar.

Bagaimana SLAD ini dilaksanakan ?

Aktiviti SLAD ini adalah sebahagian daripada aktiviti berpersatuan berpakaian seragam sekolah yang disertainya.Di samping menjalankan akiviti persatuan yang telah ditetapkan, pemimpin/penasihat persatuan berkenaan hendaklah memasukkan aktiviti anti dadah dalam aktiviti persatuan.Ahli-ahli persatuan menyertai Skim secara berterusan akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah selepas diadakan penilaian.

Berapa lama menyertai SLAD sebelum dianugerahkan lencana ?

Ahli-ahli persatuan berpakaian seragam yang menyertai SLAD dikehendaki menyertai secara berterusan dalam tempoh minimum satu dan maksimum dua tahun baharulah dianugerahkan lencana.

Apakah ertinya penyertaan anda di dalam SLAD ini ?

Dengan menyertai SLAD ini, anda telah memberikan sumbangan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah anda.Sekurang-kurangnya anda tahu akan bahaya dadah dan bagaimana anda dan rakan-rakan boleh menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah.